Monday, 17 October 2011

PERJUMPAAN KEBAL/BEKAS ARMOR DI KUCHING SARAWAK

Perjumpaan di Sarawak di jadualakan pada 22 Oktober 2011 di Kem Penrissen.  Rasa teringin juga nak pi di Sarawak tetapi buat masa ini tak mengizinkan lagi sebab banayaak perkara perlu di selesaikan di sini.  Insha Allah jika di izinkan Allah akan sampai ke Sarawak untuk jumpa kawan-kawan lama yang ramai disana, termasuk mereka yang dari Semenanjung yang tinggal tetaap di sana.  Masih ingat lagi kepada Abdullah Bin Gobel, Sudirman dan ramai lagi terutama yang berkeeturunan Iban. Jumpa lagi.

Sunday, 11 September 2011

PERJUMPAAN HARI RAYA BEKAS KOR ARMOR DIRAJA

Perjumpaan dan Jamuan hari Raya Aidil Fitri pada 23 Sep 2011 di 3 Armor, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani.  Semua pesara/bekas anggota Kor Armor yang berhenti lama dan baru dijemput hadir.  Majlis akan dirasmikan oleh Pengerusi Kor Armor, Brig Jen Adnan Abu Bakar.









Tuesday, 23 August 2011

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Saya mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN, kepada semua warga bekas 3 Armor dan Kor Armor dimana mereka berada dengan ucapan SALAM MERDEKA, mudah-mudahan negara kekal makmur dan sejahtera.

Monday, 22 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Saya  dan keluarga mengucapkan Salam Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua bekas 3 Armor dan  Kor Armor berserta dengan keluarga masing-masing.  Dengan harapan mudah-mudahan Allah mengampuni kita sekelian. Amin.


Sunday, 24 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

 Assalamualaikum, Insha Allah jika kita dilanjutkan umur oleh Allah seminggu lagi kita akan menemui Ramadan Al-Mubaraq. Kepada rakan-rakan bekas Armor tak kira dimana berada kami  ingin mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN.  Semuga Ramadan ini bukan yang terakhir bagi kita, jika yang terakhir, maka kita memohon keampunan Allah.  Marilah bersama di baki umur yang masih ada ini, kita memeriahkan Ramadan dengan banyak  melakukan amal soleh selain dari berpuasa itu sendiri.  Mudah-mudah Allah mengampuni kita.

Saturday, 9 July 2011

BERTEMU DENGAN BEKAS CO

Butterworth, 08 Jul 2011 jam 4.15 petang, setelah berpisah sejak tahun 1990 pada hari ini berjumpa semula dengan bekas C0 3 Armor (Kol Mohd Hanef bin Badar).  Beliau bersama seorang rakan berkunjung ke kawasan Utara (Pendang) untuk menghadiri mesyuarat/perjumpaan bekas TLDM.  Beliau tiba dengan keretapi dari KL di Stesyen Keretapi Butterworth.  Beliau tak banyak berubah dan kelihatan sihat dan ceria. Alhamdulillah sejak terputus perhubungan pada tahun 1990 kini silaturrahim bertaut kembali.  Didalam perjalanan ke Pendang beliau sempat dibawa ke Taman Keladi  dan dijamu dengan makan tengahari (walaupun dan lewat). Selepas itu beliau dibawa melawat Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) dan selepas itu terus ke Pendang Resort untuk melapur diri/mendaftar kehadiran mesyuarat.  Diucapkan selamat bermesyuarat dan selamat  pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.  Sehingga berjumpa lagi di lain waktu jika dipanjang umur, Isha Allah.

Saturday, 25 June 2011

BIR/ARAK HALAL









Belum selesai kita menepis budaya luar yang bertopengkan Islam masuk ke Negara ini iaitu budaya menghisap Shisha kini kita di kejut kan pula dengan BIR HALAL.  Istilah dan botolnya juga menggerunkan kita.  Anak-anak muda keliru dan ada yang mengatakan mereka pernah meminum bir ini.  Apa akan jadi jenerasi kita akan datang kerana selepas ini ada lain pula perkara haram yang ditegah Islam, diolah dengan baik oleh musuh Islam dilabelkan sebagai HALAL. Tak mungkin  satu hari ada daging babi HALAL pula.  Dicadangkan majlis petua kebangsaan tidak terlalu lama untuk bertindak. Jangan sampai anak muda kita dah ketagihan baru Fatwa nak keluar - dah nasi menjadi bubur.  Kerajaan juga diminta jangan berlengah lagi - HARAMKAN  saja permit import minuman ini. Minta dijauhkan Allah.

Wednesday, 15 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

kepada bapa ku

ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa
sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini

bapa telah tiada
pergi tak kembali

bapa pergi belum sempat menikmati hasil keringatku
hanya aku sahaja
berteman jasa budi mu
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu

berkhidmat kepada masyarakat tanpa jemu
lantaran tidak mengenal waktu
itulah cita-cita ku masa kecil dulu
kini makbul, aku seumpama diri mu,wahai ayah ku
dalam hati kumohon kepada Yang Satu
ampun segala dosa dan kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa

haya kepada mu Ya Allah kami memohon restu 
amin.....

kepada anak-anak ku
terima kasih diatas ucapan selamat hari bapa dari kamu sekelian

bapa doakan  kamu beroleh kebahgian 
jaga dan didik  anak seumpama bapa mendidik kalian
hanya kepada Allah memohon pertolongan...amin

SELAMAT HARI BAPA

Hari Bapa

Friday, 10 June 2011

KENDURI KAHWIN MUSIM CUTI SEKOLAH

Aktiviti utama musim cuti sekolah ialah program atau kem motivasi bagi anak-anak dan bagi ibu bapa pula ialah aktiviti makan kenduri rumah kawan/rakan/saudara mara jauh dan dekat.  Kebanyakannya kenduri pada hari Sabtu dan Ahad sejak minggu pertama Jun lagi. Paling rekod sekali ialah pada 04 Jun 2011 dimana 12 kenduri terpaksa dihadiri.  Kluar dari jam 10 pagi hingga ke malam baru sampai balik rumah.  Kenduri adalah wajib jika dijemput, apatah lagi kenduri sahabat/saudara mara yang suatu ketika dulu Pernah menghadiri kenduri dirumah kita.  Silaturrahim kembali bertaut dan kemesraan terjalan.   Hari ini Sabtu 11 Jun 2011 kenduri rumah sahabat lama, bukan sahaja semasa di alam tentera malah didalam persekolahan lagi, iaitu saudara Bokry bin Din di Jitra, Kedah.  Apa yang menarik ialah kehadiran ramai  rakan seperjuangan didalam tentera.  Saudara Ramli bin Ujang (Ramli Jang) dari PD juga hadir bersama keluarganya.  Alangkah seronok dan mesranya perjumpaan ini kerana lama dah tak jumpa, ada yang setengahnya  lebih 20 tahun lalu. Sehingga berjumpa di lain kali, selamat kembali ke NS dan kirim salam kepada  bekas rakan seperjuangan yang lain jika berjumpa. Insha Allah.

Wednesday, 1 June 2011

SILATURRAHIM

Dua hari lalu, sedang melayari alam siber, tinjau-tinjau berita terkini tiba-tiba masuk email dari Hanef, saya terfikir siapa? dan cepat mengagak pertamanya sahabat dari Tmn Nuri yang kerja dekat Tesco.  Kedua saudara Hanif (skod 1046) dari Penang dan ketiga bekas CO  3 Armor Kol Hanef di Seremban.  Ejaan nama dok agak dah  memang Kol Hanef tapi tak sangka rupanya benar lah beliau. 

Alhamdulilah, Allah mengizinkan juga bersua walaupun dialam siber, kerana lama dah dok hajat nak jumpa.  Kali terakhir berjumpa sekitar 1989 dan melebhi 20 th. Mudah-mudahan silaturrahim yang terjalin semula ini akan berkekalan.  Selepas pencen kalau masuk semula, pencen pula kali kedua.  Selepas bersara beberapa kali juga ke KL dan PD memang dok teringkat tapi alamat betul tak diketahui cuma Taman Bukit Cedang sahaja.  Pernah pi rumah tu dengan beliau semasa menemani ke mesyuarat di Jab Armor sekitar 1988.

Sepanjang perkhidmatan  dari tahun 1970 hinggalah ketahun 1992 kekal di 3 Armor saja dan jadi kerani dari 1971 hingga ke tamat.  Pernah berkhidmat dengan CO pertama Indep Recce Mej Low Lye Fok diikuti dengan Lt Kol Ahmad Marican.  CO silih berganti dan Kol Hanef  yang paling familiar dengan saya dan keluarga.  Isteri saya aktif dengan BAKAT dan popular lah sikit  jadi saya pun tumpang dikenali lah.

Kini beraleh cara hidup dan suasana, namun apa yang baik didalam perkhidmatan yang diamalkan hampir 20 tahun dibidang pentadbiran  menjadi pemangkin kepada kejayaan masa kini didalam  mengabdikan diri kepada  komuniti setempat.   Banyak perkara dipelajari dari Kol Hanef  dan beliau menjadi diantara idola saya didalam perkhidmatan.  Hingga berjumpa di posting berikutnya..... saya berterima kasih kepada Kol Hanef dan keluarga yang banyak  berjasa pada saya dan keluarga dan paling saya ingati.  Insha Allah kalau ke KL boleh lah terus ke Seremban.  Saya juga mempelawa beliau sekeluarga  sekiranya ke Utara singgalah di kediaman kami SP.

Wednesday, 25 May 2011

SELAMAT HARI GAWAI

Salam Sejahtera dari Rangkaian Bekas Kor Armor Kawasan Utara, tidak lupa mengucapkan selamat hari Gawai kepada bekas-bekas Kor Armor yang merayakan hari tersebut bersama dengan keluarga masing-masing, terutama yang berada di Bumi Kenyalang atau dimana sahaja mereka berada.  Persahabatan yang terjalin mudah-mudahan akan berkekalan.  Sekiranya  rakan bekas armor yang menetap di  Sarawak  datang ke Semenanjung, kami di kawasan mengalu-alukan kunjungan anda.  Pastinya exarmor mengukir nostalgia. Selamat hari gawai dan salam sejahtera.

Wednesday, 27 April 2011

MEMBINA RANGKAIAN BEKAS KOR ARMOR

Pendahuluan
Kor Armor Di Raja adalah Kor diantara  yang terkanan, hebat disegi peralatan dan disegani disegi keupayaan. Semangat setiakawan yang tinggi dan ada keterampilan sendiri disegi  budaya dan adatnya. Ramai melahirkan pemimpin yang disegani.  Namun apabila masing-masing meninggalkan perkhidmatan segalanya hampir hilang malah masing-masing mempunyai hala tuju atau agenda sendiri mengejar kejayaan di dunia awam yang nyata lebih mencabar dan memenatkan.

Kemana Perginya Semangat Setiakawan
Banyak juga Kor yang menubuhkan kesatuan/kelab/pertubuhan tetapi ilmu pengurusan yang cetek dan sebab-sebab lain kesemuanya tidak berupaya kembang  sebaliknya tumbang.  Kor yang berjaya ialah Kor Semboyan dikawasan Utara dimana berjaya membawa perubahan kepada  rakan seperjuangan mereka terutama didalam hal-hal kebajikan.  Bila  bekas Semboyan mereka ditimpa musibah rangkaian mereka amat cepat mengetahui dan menziarahinya tetapi apa jadi dengan rangkaian Armor, bekas Armor meninggal dunia dah berbulan/bertahun pun kadang-kadang tidak diketahui.

Membina Rangkaian Bekas Armor
Dikawasan Utara (Kedah/Perlis/Penang/Perak) rangkaian ini sedang dibina melalui manual/tel/sms / email  dan  juga dialam siber melalui facebook, blog, myspace, twitter dan sebagainya.  Rangkaian ini dibina tanpa sebarang modal dan tiada ada yuran masuk/bulanan/tahunan dan sebagainya.  Apa yang penting semua bekas Armor kawasan Utara akan menghubungi centre (pusat rangkaian) iaitu saya dan maklumkan nama/no tel/alamat/email jika ada/no.tentera.  Data ini akan disimpan dan dipos/email kepada rakan lain didalam rangkaian.

Tujuan
1.   Membina rangkaian  perhubungan silaturrahoim secara online
2.   Memaklumkan jika ada bekas Armor sakit/kemalangan/meninggal dunia untuk kemudahan  ziarah.
3.   Sama-sama menghukurkan bantuan jika diketahui ada rakan bekas Armor perlu bantuan
4.   Memudahkan  jika hendak menjemput kenduri dan sebagainya.
5.   Mendapat maklumat yang cepat dari rakan-rakan luar rangkaian seperti di KL dan seluruh negara.
6.   Semua manusia adalah pengguna dan tidak semua sebagai pengeluar produk, jadi kalangan bekas Armor boleh membantu bermuamalah sesama sendiri  atau membantu rakan memperkenalkan produk mereka diluar/dalam rangkaian.
7.   Yang berjaya akan membantu yang kurang berjaya didalam ilmu apa juga pun demi kebahgian dunia dan akhirat asalkan kesemuanya yang dilakukan itu adalah dengan apa yang Allah redha sahaja.
8.    Bagi yang jadi ahli Kelab Kebal boleh menyalur masaalah melalui rangkaian ini dan rangkaian ini akan menjadi perantaranya.

Bagaimana Menyertai Rangkaian
Langkah berikut hendaklah diambil jika ingin menyertai rankaian bekas Armor kawasan Utara:
1.    Maklumkan maklumat ringkas peribadi kepada pusat rangkaian
2.    Senaraikan produk kemersial jika ada
3.    Tidak perlu isi borang
4.    Tidak perlu bayar yuran dan tidak ada yuran bila-bila pun
5.    Maklum jika  sakit atau pesan kepada waris maklumkan pada centre jika kematian ahli keluarga.
6.    Naklum pada ahli lain supaya semak samaada nama dah tersenarai didalam rangkaian.
7.    Tak ada mesyuarat dan boleh salur pendapat melalui alam siber
8.    Perjumpaan tahunan pada 01 Mei  tempat  tidak semestinya di Sungai Petani sahaja setiap tahun malah boleh bertukar ke Perlis, Alor Star, Penang, Kulim atau Perak Utara dan sebagainya. Keputusan hal ini akan dibuat semasa perjumpaan dan akan ditetapkan perjumpaan berikutnya.

Terima kasih dan sila war-warkan pada rakan lain.
Saya boleh dihubungi melalui:

Tel:
012-46779880/016-4391671/019-4633318

email:
armordiraja@gmail.com
zulteja@gmail.com
masjidkeladi@yahoo.com.my
perkuburanislamsp@gmail.com

web/portal:
http://www.tmnkeladi.a-masjid.com
www.perkuburanislam-sp.com.my

Blog:
http://exarmordiraja.blogspot.com

PERJUMPAAN TAHUNAN BEKAS KOR ARMOR

Pendahuluan
Setiap tahun pada 01 Mei bermula pada 01 Mei 2007, satu perjumpaan bebas-bekas 3 Armor diadakan di Taman Keladi Sungai Petani.  Kehadiran sekitar 100 orang  bekas 3 Armor sahaja.  Acara yang diadakan ialah jam 8.00 malam berkumpul, Solat Isya' di Masjid Taman  Keladi, 9.30 berkumpul semua di  Dewan Serbanguna sebelah Masjid.  Majlis bermula dengan aluan Sdr Zulkifli (selaku penganjur), Bacaan Tahlil untuk aruah sahabat handai rakan seperjuangan yang telah kembali kerahmatullah, Majlis ramah mesra, jamuan makan malam dan bersurai.  Perjumpaan diadakan pada tahun kedua 2008 dan 2009. Pada  tahun 2010 tidak diadakan diatas sebab yang tidak dapat dielakan.

Perjumpaan 2011
Oleh kerana Kelab KEBAL mengadakan mesyuarat Agong nya dikawasan Utara dengan tujuan memperkenalkan kan Kelab KEBAL kepada rakan bekas Armor  di rangkaian  Utara (Kedah/Perak/ Perlis/Pulau Pinang). Tarikh mesyuarat Agong itu oialah pada 23 April 2011 (Sabtu) maka diputuskan semua sekali bekas Kor Armor dirangkaian Utara dijemput hadir dan lokasinya di Kem 3 Armor.  Sebahagian besar bekas Armor di rangkaian Utara hadir bersama isteri.  Pengerusi Kpor Brig Gen Dato' Adnan  hadir merasmikan mesyuarat.  Disamping itu borang keahlian Kelab Kebal diedarkan dan sejumlah hampiur 100 ahli menyertainya.

Perjumpaan Berikutnya
Setelah berbincang dengan sahabat  bekas Armor di rangkaian Utara, diputuskan perjumpaan tahunan 01 Mei 2011 dibatalkan kerana, perjumpaan pada 23 April telah pun berlansung dan ramai telah hadir.   Perjumpaan berikutnya ialah pada 01 Mei 2012 dimana skop kehadiran yang dahulunya terhad kepada rangkaian kecil 3 Armor sahaja kini akan diluaskan kepada rangkaian lebih besar iaitu
semua bekas Kor Armor yang berada di Utara.   Perjumpaan  adalah secara tidak rasmi dan semua bekas Armor samaada ahli Kelab KEBAL atau tidak dijemput hadir.

Data Bekas Armor
Semasa perjumpaan pada 23 April 2011 data baru bekas Armor yang berada di kawasan Utara telah diperolehi dan kini data yang ada  menunjukan 210 orang.  Masih ramai lagi yang saya tidak memiliki data mereka.  Mana-mana bekas Armor yang dapat menghubungi rakan lain sila maklumkan supaya menghantar data kepada saya untuk ditambah/kemaskini.  Saya boleh dihubungi melalui alamat yang akan dinyatakan di posting seterusnya.


TERIMA KASIH

Tuesday, 26 April 2011

FOTO GALERI PERJUMPAAN BEKAS ARMOR 23 APR 2011

Pengerusi Kor Armor Brig Jen Dato' Adnan Abu Bakar beramah mesra dengan bekas Kor Armor dan keluarga