Belum selesai kita menepis budaya luar yang bertopengkan Islam masuk ke Negara ini iaitu budaya menghisap Shisha kini kita di kejut kan pula dengan BIR HALAL. Istilah dan botolnya juga menggerunkan kita. Anak-anak muda keliru dan ada yang mengatakan mereka pernah meminum bir ini. Apa akan jadi jenerasi kita akan datang kerana selepas ini ada lain pula perkara haram yang ditegah Islam, diolah dengan baik oleh musuh Islam dilabelkan sebagai HALAL. Tak mungkin satu hari ada daging babi HALAL pula. Dicadangkan majlis petua kebangsaan tidak terlalu lama untuk bertindak. Jangan sampai anak muda kita dah ketagihan baru Fatwa nak keluar - dah nasi menjadi bubur. Kerajaan juga diminta jangan berlengah lagi - HARAMKAN saja permit import minuman ini. Minta dijauhkan Allah.
No comments:
Post a Comment