Sunday 24 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN

 Assalamualaikum, Insha Allah jika kita dilanjutkan umur oleh Allah seminggu lagi kita akan menemui Ramadan Al-Mubaraq. Kepada rakan-rakan bekas Armor tak kira dimana berada kami  ingin mengucapkan  SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN.  Semuga Ramadan ini bukan yang terakhir bagi kita, jika yang terakhir, maka kita memohon keampunan Allah.  Marilah bersama di baki umur yang masih ada ini, kita memeriahkan Ramadan dengan banyak  melakukan amal soleh selain dari berpuasa itu sendiri.  Mudah-mudah Allah mengampuni kita.

Saturday 9 July 2011

BERTEMU DENGAN BEKAS CO

Butterworth, 08 Jul 2011 jam 4.15 petang, setelah berpisah sejak tahun 1990 pada hari ini berjumpa semula dengan bekas C0 3 Armor (Kol Mohd Hanef bin Badar).  Beliau bersama seorang rakan berkunjung ke kawasan Utara (Pendang) untuk menghadiri mesyuarat/perjumpaan bekas TLDM.  Beliau tiba dengan keretapi dari KL di Stesyen Keretapi Butterworth.  Beliau tak banyak berubah dan kelihatan sihat dan ceria. Alhamdulillah sejak terputus perhubungan pada tahun 1990 kini silaturrahim bertaut kembali.  Didalam perjalanan ke Pendang beliau sempat dibawa ke Taman Keladi  dan dijamu dengan makan tengahari (walaupun dan lewat). Selepas itu beliau dibawa melawat Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) dan selepas itu terus ke Pendang Resort untuk melapur diri/mendaftar kehadiran mesyuarat.  Diucapkan selamat bermesyuarat dan selamat  pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.  Sehingga berjumpa lagi di lain waktu jika dipanjang umur, Isha Allah.