Wednesday 27 April 2011

MEMBINA RANGKAIAN BEKAS KOR ARMOR

Pendahuluan
Kor Armor Di Raja adalah Kor diantara  yang terkanan, hebat disegi peralatan dan disegani disegi keupayaan. Semangat setiakawan yang tinggi dan ada keterampilan sendiri disegi  budaya dan adatnya. Ramai melahirkan pemimpin yang disegani.  Namun apabila masing-masing meninggalkan perkhidmatan segalanya hampir hilang malah masing-masing mempunyai hala tuju atau agenda sendiri mengejar kejayaan di dunia awam yang nyata lebih mencabar dan memenatkan.

Kemana Perginya Semangat Setiakawan
Banyak juga Kor yang menubuhkan kesatuan/kelab/pertubuhan tetapi ilmu pengurusan yang cetek dan sebab-sebab lain kesemuanya tidak berupaya kembang  sebaliknya tumbang.  Kor yang berjaya ialah Kor Semboyan dikawasan Utara dimana berjaya membawa perubahan kepada  rakan seperjuangan mereka terutama didalam hal-hal kebajikan.  Bila  bekas Semboyan mereka ditimpa musibah rangkaian mereka amat cepat mengetahui dan menziarahinya tetapi apa jadi dengan rangkaian Armor, bekas Armor meninggal dunia dah berbulan/bertahun pun kadang-kadang tidak diketahui.

Membina Rangkaian Bekas Armor
Dikawasan Utara (Kedah/Perlis/Penang/Perak) rangkaian ini sedang dibina melalui manual/tel/sms / email  dan  juga dialam siber melalui facebook, blog, myspace, twitter dan sebagainya.  Rangkaian ini dibina tanpa sebarang modal dan tiada ada yuran masuk/bulanan/tahunan dan sebagainya.  Apa yang penting semua bekas Armor kawasan Utara akan menghubungi centre (pusat rangkaian) iaitu saya dan maklumkan nama/no tel/alamat/email jika ada/no.tentera.  Data ini akan disimpan dan dipos/email kepada rakan lain didalam rangkaian.

Tujuan
1.   Membina rangkaian  perhubungan silaturrahoim secara online
2.   Memaklumkan jika ada bekas Armor sakit/kemalangan/meninggal dunia untuk kemudahan  ziarah.
3.   Sama-sama menghukurkan bantuan jika diketahui ada rakan bekas Armor perlu bantuan
4.   Memudahkan  jika hendak menjemput kenduri dan sebagainya.
5.   Mendapat maklumat yang cepat dari rakan-rakan luar rangkaian seperti di KL dan seluruh negara.
6.   Semua manusia adalah pengguna dan tidak semua sebagai pengeluar produk, jadi kalangan bekas Armor boleh membantu bermuamalah sesama sendiri  atau membantu rakan memperkenalkan produk mereka diluar/dalam rangkaian.
7.   Yang berjaya akan membantu yang kurang berjaya didalam ilmu apa juga pun demi kebahgian dunia dan akhirat asalkan kesemuanya yang dilakukan itu adalah dengan apa yang Allah redha sahaja.
8.    Bagi yang jadi ahli Kelab Kebal boleh menyalur masaalah melalui rangkaian ini dan rangkaian ini akan menjadi perantaranya.

Bagaimana Menyertai Rangkaian
Langkah berikut hendaklah diambil jika ingin menyertai rankaian bekas Armor kawasan Utara:
1.    Maklumkan maklumat ringkas peribadi kepada pusat rangkaian
2.    Senaraikan produk kemersial jika ada
3.    Tidak perlu isi borang
4.    Tidak perlu bayar yuran dan tidak ada yuran bila-bila pun
5.    Maklum jika  sakit atau pesan kepada waris maklumkan pada centre jika kematian ahli keluarga.
6.    Naklum pada ahli lain supaya semak samaada nama dah tersenarai didalam rangkaian.
7.    Tak ada mesyuarat dan boleh salur pendapat melalui alam siber
8.    Perjumpaan tahunan pada 01 Mei  tempat  tidak semestinya di Sungai Petani sahaja setiap tahun malah boleh bertukar ke Perlis, Alor Star, Penang, Kulim atau Perak Utara dan sebagainya. Keputusan hal ini akan dibuat semasa perjumpaan dan akan ditetapkan perjumpaan berikutnya.

Terima kasih dan sila war-warkan pada rakan lain.
Saya boleh dihubungi melalui:

Tel:
012-46779880/016-4391671/019-4633318

email:
armordiraja@gmail.com
zulteja@gmail.com
masjidkeladi@yahoo.com.my
perkuburanislamsp@gmail.com

web/portal:
http://www.tmnkeladi.a-masjid.com
www.perkuburanislam-sp.com.my

Blog:
http://exarmordiraja.blogspot.com

PERJUMPAAN TAHUNAN BEKAS KOR ARMOR

Pendahuluan
Setiap tahun pada 01 Mei bermula pada 01 Mei 2007, satu perjumpaan bebas-bekas 3 Armor diadakan di Taman Keladi Sungai Petani.  Kehadiran sekitar 100 orang  bekas 3 Armor sahaja.  Acara yang diadakan ialah jam 8.00 malam berkumpul, Solat Isya' di Masjid Taman  Keladi, 9.30 berkumpul semua di  Dewan Serbanguna sebelah Masjid.  Majlis bermula dengan aluan Sdr Zulkifli (selaku penganjur), Bacaan Tahlil untuk aruah sahabat handai rakan seperjuangan yang telah kembali kerahmatullah, Majlis ramah mesra, jamuan makan malam dan bersurai.  Perjumpaan diadakan pada tahun kedua 2008 dan 2009. Pada  tahun 2010 tidak diadakan diatas sebab yang tidak dapat dielakan.

Perjumpaan 2011
Oleh kerana Kelab KEBAL mengadakan mesyuarat Agong nya dikawasan Utara dengan tujuan memperkenalkan kan Kelab KEBAL kepada rakan bekas Armor  di rangkaian  Utara (Kedah/Perak/ Perlis/Pulau Pinang). Tarikh mesyuarat Agong itu oialah pada 23 April 2011 (Sabtu) maka diputuskan semua sekali bekas Kor Armor dirangkaian Utara dijemput hadir dan lokasinya di Kem 3 Armor.  Sebahagian besar bekas Armor di rangkaian Utara hadir bersama isteri.  Pengerusi Kpor Brig Gen Dato' Adnan  hadir merasmikan mesyuarat.  Disamping itu borang keahlian Kelab Kebal diedarkan dan sejumlah hampiur 100 ahli menyertainya.

Perjumpaan Berikutnya
Setelah berbincang dengan sahabat  bekas Armor di rangkaian Utara, diputuskan perjumpaan tahunan 01 Mei 2011 dibatalkan kerana, perjumpaan pada 23 April telah pun berlansung dan ramai telah hadir.   Perjumpaan berikutnya ialah pada 01 Mei 2012 dimana skop kehadiran yang dahulunya terhad kepada rangkaian kecil 3 Armor sahaja kini akan diluaskan kepada rangkaian lebih besar iaitu
semua bekas Kor Armor yang berada di Utara.   Perjumpaan  adalah secara tidak rasmi dan semua bekas Armor samaada ahli Kelab KEBAL atau tidak dijemput hadir.

Data Bekas Armor
Semasa perjumpaan pada 23 April 2011 data baru bekas Armor yang berada di kawasan Utara telah diperolehi dan kini data yang ada  menunjukan 210 orang.  Masih ramai lagi yang saya tidak memiliki data mereka.  Mana-mana bekas Armor yang dapat menghubungi rakan lain sila maklumkan supaya menghantar data kepada saya untuk ditambah/kemaskini.  Saya boleh dihubungi melalui alamat yang akan dinyatakan di posting seterusnya.


TERIMA KASIH

Tuesday 26 April 2011

FOTO GALERI PERJUMPAAN BEKAS ARMOR 23 APR 2011

Pengerusi Kor Armor Brig Jen Dato' Adnan Abu Bakar beramah mesra dengan bekas Kor Armor dan keluarga



PERJUMPAAN BEKAS KOR ARMOR DAN MESYUARAT AGONG KELAB KEBAL

Sungai  Petani, Kedah - 23 April 2010 (hari Sabtu) - Satu perjumpaan bekas anggota Kor Arrmor Diraja telah diadakan di Kem 3 Armor, Lapangan Terbang, Sungai Petani.  Perjumpaan diadakan sempena Mesyuarat Agong KELAB KEBAL Kali Yang Ke 9.  Mesyuarat di rasmikan oleh Pengerusi Kor Armor DiRaja (Brig Jen Dato Adnan Abu Bakar). Turut hadir ialah Presiden Kelab Kebal Brig Jen (B)  Dato' Hj Mohd Yunus bin Long dan Brrig Jen (B) Dato' Mahmood bin Ibrahim serta Jawatankuasa Kebal dan ahl-ahli Kebal.  Majlis bermula jam 9.30 pagi diikuti dengan acara bergambar, taklimat, mesyuarat, ramah mesra dan jamuan makan tengahari sebelum bersurai.  Kira-kira 500  bekas Kor Armor termasuk keluarga hadir.  Suasana amat meriah  kerana perjumpaan  berlaku setelah sesetengahnya berpisah hampir ada yang melebihi 30 tahun.  Didalam ucapan perasmian Pengerusi Kor Armor  Dato' Adnan, amat terharu dan gembira bilamana sesetengah yang hadir adalah terdiri dari bekas jurulatihnya sendiri yang sebahagiannya telah lama tidak berjumpa.  Beliau berharap  perjumpaan serupa diteruskan dari masa kesemasa.

Disamping itu Kelab Kebal membuka kaunter pendaftaran ahli baru yang terdiri dari ahli biasa dan ahli seumur hidup.  Didalam majlis ini sejumlah  hampir 100 ahli baru telah diterima.  Bekas Kor Armor yang belum menyertainya  digalakan menjadi ahli.

Bekas Kor Armor dirangkaian  Utara (Perak/Kedah/Penang/Perlis) yang biasanya berjumpa secara tahunan di Taman  Keladi Sungai  Petani, dimaklumkan bahawa perjumpaan 01 Mei 2011  tidak diadakan kerana baru saja berjumpa pada 23 Apr 2011.  Perjumpaan akan diteruskan secara tahunan di Taman  Keladi Sungai Petani pada 01 Mei 2012. Acara Solat Isya'/Tahlil/Jamuan Makan Malam/Ramah Mesra/Bersurai.

Senarai lengkap berkas Kor Armor rangakaian Utara yang ada didalam simpanan saya seramai lebih kurang 200 orang akan diedarkan kepada semua tidak lama lagi.