Pendahuluan
Kor Armor Di Raja adalah Kor diantara yang terkanan, hebat disegi peralatan dan disegani disegi keupayaan. Semangat setiakawan yang tinggi dan ada keterampilan sendiri disegi budaya dan adatnya. Ramai melahirkan pemimpin yang disegani. Namun apabila masing-masing meninggalkan perkhidmatan segalanya hampir hilang malah masing-masing mempunyai hala tuju atau agenda sendiri mengejar kejayaan di dunia awam yang nyata lebih mencabar dan memenatkan.
Kemana Perginya Semangat Setiakawan
Banyak juga Kor yang menubuhkan kesatuan/kelab/pertubuhan tetapi ilmu pengurusan yang cetek dan sebab-sebab lain kesemuanya tidak berupaya kembang sebaliknya tumbang. Kor yang berjaya ialah Kor Semboyan dikawasan Utara dimana berjaya membawa perubahan kepada rakan seperjuangan mereka terutama didalam hal-hal kebajikan. Bila bekas Semboyan mereka ditimpa musibah rangkaian mereka amat cepat mengetahui dan menziarahinya tetapi apa jadi dengan rangkaian Armor, bekas Armor meninggal dunia dah berbulan/bertahun pun kadang-kadang tidak diketahui.
Membina Rangkaian Bekas Armor
Dikawasan Utara (Kedah/Perlis/Penang/Perak) rangkaian ini sedang dibina melalui manual/tel/sms / email dan juga dialam siber melalui facebook, blog, myspace, twitter dan sebagainya. Rangkaian ini dibina tanpa sebarang modal dan tiada ada yuran masuk/bulanan/tahunan dan sebagainya. Apa yang penting semua bekas Armor kawasan Utara akan menghubungi centre (pusat rangkaian) iaitu saya dan maklumkan nama/no tel/alamat/email jika ada/no.tentera. Data ini akan disimpan dan dipos/email kepada rakan lain didalam rangkaian.
Tujuan
1. Membina rangkaian perhubungan silaturrahoim secara online
2. Memaklumkan jika ada bekas Armor sakit/kemalangan/meninggal dunia untuk kemudahan ziarah.
3. Sama-sama menghukurkan bantuan jika diketahui ada rakan bekas Armor perlu bantuan
4. Memudahkan jika hendak menjemput kenduri dan sebagainya.
5. Mendapat maklumat yang cepat dari rakan-rakan luar rangkaian seperti di KL dan seluruh negara.
6. Semua manusia adalah pengguna dan tidak semua sebagai pengeluar produk, jadi kalangan bekas Armor boleh membantu bermuamalah sesama sendiri atau membantu rakan memperkenalkan produk mereka diluar/dalam rangkaian.
7. Yang berjaya akan membantu yang kurang berjaya didalam ilmu apa juga pun demi kebahgian dunia dan akhirat asalkan kesemuanya yang dilakukan itu adalah dengan apa yang Allah redha sahaja.
8. Bagi yang jadi ahli Kelab Kebal boleh menyalur masaalah melalui rangkaian ini dan rangkaian ini akan menjadi perantaranya.
Bagaimana Menyertai Rangkaian
Langkah berikut hendaklah diambil jika ingin menyertai rankaian bekas Armor kawasan Utara:
1. Maklumkan maklumat ringkas peribadi kepada pusat rangkaian
2. Senaraikan produk kemersial jika ada
3. Tidak perlu isi borang
4. Tidak perlu bayar yuran dan tidak ada yuran bila-bila pun
5. Maklum jika sakit atau pesan kepada waris maklumkan pada centre jika kematian ahli keluarga.
6. Naklum pada ahli lain supaya semak samaada nama dah tersenarai didalam rangkaian.
7. Tak ada mesyuarat dan boleh salur pendapat melalui alam siber
8. Perjumpaan tahunan pada 01 Mei tempat tidak semestinya di Sungai Petani sahaja setiap tahun malah boleh bertukar ke Perlis, Alor Star, Penang, Kulim atau Perak Utara dan sebagainya. Keputusan hal ini akan dibuat semasa perjumpaan dan akan ditetapkan perjumpaan berikutnya.
Terima kasih dan sila war-warkan pada rakan lain.
Saya boleh dihubungi melalui:
Tel:
012-46779880/016-4391671/019-4633318
email:
armordiraja@gmail.com
zulteja@gmail.com
masjidkeladi@yahoo.com.my
perkuburanislamsp@gmail.com
web/portal:
http://www.tmnkeladi.a-masjid.com
www.perkuburanislam-sp.com.my
Blog:
http://exarmordiraja.blogspot.com
No comments:
Post a Comment