Saturday 25 June 2011

BIR/ARAK HALAL









Belum selesai kita menepis budaya luar yang bertopengkan Islam masuk ke Negara ini iaitu budaya menghisap Shisha kini kita di kejut kan pula dengan BIR HALAL.  Istilah dan botolnya juga menggerunkan kita.  Anak-anak muda keliru dan ada yang mengatakan mereka pernah meminum bir ini.  Apa akan jadi jenerasi kita akan datang kerana selepas ini ada lain pula perkara haram yang ditegah Islam, diolah dengan baik oleh musuh Islam dilabelkan sebagai HALAL. Tak mungkin  satu hari ada daging babi HALAL pula.  Dicadangkan majlis petua kebangsaan tidak terlalu lama untuk bertindak. Jangan sampai anak muda kita dah ketagihan baru Fatwa nak keluar - dah nasi menjadi bubur.  Kerajaan juga diminta jangan berlengah lagi - HARAMKAN  saja permit import minuman ini. Minta dijauhkan Allah.

Wednesday 15 June 2011

SELAMAT HARI BAPA

kepada bapa ku

ini ucapan selamat hari bapa
mahu kulontar bagaimana cara
ruang sepi kosong tiada siapa
sound bapa masih aku simpan dalam hati
image bapa masih aku simpan dalam memori
application bapa masih aku simpan dalam diri
files bapa masih aku simpan dalam sanubari
gadgets bapa masih aku guna sehingga kini

bapa telah tiada
pergi tak kembali

bapa pergi belum sempat menikmati hasil keringatku
hanya aku sahaja
berteman jasa budi mu
detik berlalu mahuku jadi sepohon kayu
rendang dan teduh seperti bapa dahulu

berkhidmat kepada masyarakat tanpa jemu
lantaran tidak mengenal waktu
itulah cita-cita ku masa kecil dulu
kini makbul, aku seumpama diri mu,wahai ayah ku
dalam hati kumohon kepada Yang Satu
ampun segala dosa dan kesalahan bapa yang lalu
terimalah bapa juga berikan rahmatMu
itu ucapan selamat hari bapa
mahu kuberi kepada semua kita
kasih ini kerana Yang Maha Esa

haya kepada mu Ya Allah kami memohon restu 
amin.....

kepada anak-anak ku
terima kasih diatas ucapan selamat hari bapa dari kamu sekelian

bapa doakan  kamu beroleh kebahgian 
jaga dan didik  anak seumpama bapa mendidik kalian
hanya kepada Allah memohon pertolongan...amin

SELAMAT HARI BAPA

Hari Bapa

Friday 10 June 2011

KENDURI KAHWIN MUSIM CUTI SEKOLAH

Aktiviti utama musim cuti sekolah ialah program atau kem motivasi bagi anak-anak dan bagi ibu bapa pula ialah aktiviti makan kenduri rumah kawan/rakan/saudara mara jauh dan dekat.  Kebanyakannya kenduri pada hari Sabtu dan Ahad sejak minggu pertama Jun lagi. Paling rekod sekali ialah pada 04 Jun 2011 dimana 12 kenduri terpaksa dihadiri.  Kluar dari jam 10 pagi hingga ke malam baru sampai balik rumah.  Kenduri adalah wajib jika dijemput, apatah lagi kenduri sahabat/saudara mara yang suatu ketika dulu Pernah menghadiri kenduri dirumah kita.  Silaturrahim kembali bertaut dan kemesraan terjalan.   Hari ini Sabtu 11 Jun 2011 kenduri rumah sahabat lama, bukan sahaja semasa di alam tentera malah didalam persekolahan lagi, iaitu saudara Bokry bin Din di Jitra, Kedah.  Apa yang menarik ialah kehadiran ramai  rakan seperjuangan didalam tentera.  Saudara Ramli bin Ujang (Ramli Jang) dari PD juga hadir bersama keluarganya.  Alangkah seronok dan mesranya perjumpaan ini kerana lama dah tak jumpa, ada yang setengahnya  lebih 20 tahun lalu. Sehingga berjumpa di lain kali, selamat kembali ke NS dan kirim salam kepada  bekas rakan seperjuangan yang lain jika berjumpa. Insha Allah.

Wednesday 1 June 2011

SILATURRAHIM

Dua hari lalu, sedang melayari alam siber, tinjau-tinjau berita terkini tiba-tiba masuk email dari Hanef, saya terfikir siapa? dan cepat mengagak pertamanya sahabat dari Tmn Nuri yang kerja dekat Tesco.  Kedua saudara Hanif (skod 1046) dari Penang dan ketiga bekas CO  3 Armor Kol Hanef di Seremban.  Ejaan nama dok agak dah  memang Kol Hanef tapi tak sangka rupanya benar lah beliau. 

Alhamdulilah, Allah mengizinkan juga bersua walaupun dialam siber, kerana lama dah dok hajat nak jumpa.  Kali terakhir berjumpa sekitar 1989 dan melebhi 20 th. Mudah-mudahan silaturrahim yang terjalin semula ini akan berkekalan.  Selepas pencen kalau masuk semula, pencen pula kali kedua.  Selepas bersara beberapa kali juga ke KL dan PD memang dok teringkat tapi alamat betul tak diketahui cuma Taman Bukit Cedang sahaja.  Pernah pi rumah tu dengan beliau semasa menemani ke mesyuarat di Jab Armor sekitar 1988.

Sepanjang perkhidmatan  dari tahun 1970 hinggalah ketahun 1992 kekal di 3 Armor saja dan jadi kerani dari 1971 hingga ke tamat.  Pernah berkhidmat dengan CO pertama Indep Recce Mej Low Lye Fok diikuti dengan Lt Kol Ahmad Marican.  CO silih berganti dan Kol Hanef  yang paling familiar dengan saya dan keluarga.  Isteri saya aktif dengan BAKAT dan popular lah sikit  jadi saya pun tumpang dikenali lah.

Kini beraleh cara hidup dan suasana, namun apa yang baik didalam perkhidmatan yang diamalkan hampir 20 tahun dibidang pentadbiran  menjadi pemangkin kepada kejayaan masa kini didalam  mengabdikan diri kepada  komuniti setempat.   Banyak perkara dipelajari dari Kol Hanef  dan beliau menjadi diantara idola saya didalam perkhidmatan.  Hingga berjumpa di posting berikutnya..... saya berterima kasih kepada Kol Hanef dan keluarga yang banyak  berjasa pada saya dan keluarga dan paling saya ingati.  Insha Allah kalau ke KL boleh lah terus ke Seremban.  Saya juga mempelawa beliau sekeluarga  sekiranya ke Utara singgalah di kediaman kami SP.