Dua hari lalu, sedang melayari alam siber, tinjau-tinjau berita terkini tiba-tiba masuk email dari Hanef, saya terfikir siapa? dan cepat mengagak pertamanya sahabat dari Tmn Nuri yang kerja dekat Tesco. Kedua saudara Hanif (skod 1046) dari Penang dan ketiga bekas CO 3 Armor Kol Hanef di Seremban. Ejaan nama dok agak dah memang Kol Hanef tapi tak sangka rupanya benar lah beliau.
Alhamdulilah, Allah mengizinkan juga bersua walaupun dialam siber, kerana lama dah dok hajat nak jumpa. Kali terakhir berjumpa sekitar 1989 dan melebhi 20 th. Mudah-mudahan silaturrahim yang terjalin semula ini akan berkekalan. Selepas pencen kalau masuk semula, pencen pula kali kedua. Selepas bersara beberapa kali juga ke KL dan PD memang dok teringkat tapi alamat betul tak diketahui cuma Taman Bukit Cedang sahaja. Pernah pi rumah tu dengan beliau semasa menemani ke mesyuarat di Jab Armor sekitar 1988.
Sepanjang perkhidmatan dari tahun 1970 hinggalah ketahun 1992 kekal di 3 Armor saja dan jadi kerani dari 1971 hingga ke tamat. Pernah berkhidmat dengan CO pertama Indep Recce Mej Low Lye Fok diikuti dengan Lt Kol Ahmad Marican. CO silih berganti dan Kol Hanef yang paling familiar dengan saya dan keluarga. Isteri saya aktif dengan BAKAT dan popular lah sikit jadi saya pun tumpang dikenali lah.
Kini beraleh cara hidup dan suasana, namun apa yang baik didalam perkhidmatan yang diamalkan hampir 20 tahun dibidang pentadbiran menjadi pemangkin kepada kejayaan masa kini didalam mengabdikan diri kepada komuniti setempat. Banyak perkara dipelajari dari Kol Hanef dan beliau menjadi diantara idola saya didalam perkhidmatan. Hingga berjumpa di posting berikutnya..... saya berterima kasih kepada Kol Hanef dan keluarga yang banyak berjasa pada saya dan keluarga dan paling saya ingati. Insha Allah kalau ke KL boleh lah terus ke Seremban. Saya juga mempelawa beliau sekeluarga sekiranya ke Utara singgalah di kediaman kami SP.
No comments:
Post a Comment